|
PENGENALAN
Koperasi Institut
Pertanian Serdang Selangor Berhad ditubuhkan dengan mendapat
kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 19 Mei 2009.
Penubuhan ini adalah di atas
dasar inisiatif kakitangan dan pelajar yang memandang jauh ke arah
bidang keusahawanan. Pada peringkat awal penubuhan, pelbagai
rintangan dihadapi namum dengan berkat kesabaran anggota
jawatankuasa penubuhan, akhirnya penubuhan koperasi ini dapat
direalisasikan.
Koperasi ini
dianggotai oleh kakitangan yang bertugas di pejabat Institut
Pertanian Serdang Selangor dan juga pelajar yang menuntut dalam
sijil pertanian di Institut yang sama ini.
Dengan bermodalkan
modal syer dari anggota, koperasi telah menjalankan pelbagai usaha
untuk meningkatkan lagi ekonomi dan kewangan koperasi. Walaupun agak
terhad, namum dengan Anggota Lembaga Koperasi yang berwibawa dan
komited dalam menguruskan koperasi, usaha itu dapat dilaksanakan.
OBJEKTIF
PENUBUHAN
Matlamat dan objektif Koperasi ini ialah untuk
meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip
koperasi. Dalam mencapai objektif ini, pelbagai strategi dilakukan
dan dilaksanakan bagi maksub memajukan ekonomi kewangan anggota.
Koperasi ini
menjangkakan bahawa pada tahun 2015, ekonomi anggota dapat
dipertingkatkan sebanyak 50% dari nilai semasa sekarang. Dengan
sokongan dan nasihat dari pelbagai pihak, koperasi ini berhasrat
untuk meletakan nama sebaris dengan koperasi lain yang telah maju di
Wilayah Gombak khususnya, dan di negeri Selangor amnya.
|